* ALITHERA ENERGY BOOSTER * UBAT KUAT HARAM, MERBAHAYA 2021 * SENARAI UBAT KUAT LELAKI WANITA 2022: CATUABA, GAMBIR EMAS, HEMOHIM, AIDAM CLEANSER DAN HONG SAM DAN * BLOG UBAT KUAT LELAKI MALAYSIA MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2021 BUAT SEMUA PENGUNJUNG DAN PARA PELANGGAN YANG TELAH MENYOKONG PERNIAGAAN KAMI SELAMA INI. SEMUGA ANDA SENTIASA SIHAT, BAHAGIA DAN BERTENAGA SELALU DISAMPING KELUARGA TERCINTA.* ALLAH TIDAK AKAN MENURUNKAN PENYAKIT MELAINKAN SETELAH MENJADIKAN PENAWARNYA. SETIAP PENYAKIT ITU ADA PENAWARNYA MELAINKAN AJAL ATAU MATI. MAKA ADALAH WAJIB BAGI SETIAP UMMAT ISLAM BERIKHTIAR DAN BERUSAHA MENGUBATI PENYAKIT MEREKA.

 

Sunday, August 14, 2016

MASALAH SEKSUAL LELAKI MAKIN MENINGKAT ?

MASALAH kesihatan seksual yang dialami kaum lelaki dijangka meningkat berikutan kadar penyakit kronik yang semakin tinggi di negara ini.



Ketua Jabatan Perubatan Keluarga Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Prof Datuk Dr Shaiful Bahari Ismail berkata, antara masalah kesihatan seksual dan reproduktif lelaki yang kerap berlaku termasuk ejakulasi pramatang, disfungsi ereksi, sindrom kekurangan hormon testosteron dan infertiliti (kemandulan) akibat faktor lelaki.

Dr Shaiful berkata, ia berikutan sikap kaum Adam yang kurang cenderung mendapatkan rawatan secara berkala di hospital terutama berkaitan penyakit kronik seperti diabetis, tekanan, jantung, kolestrol tinggi dan obesiti yang berkait rapat dengan masalah seksual lelaki.

"Begitu juga dengan amalan merokok yang mempunyai kesan langsung kepada masalah seksual dengan kajian pada 2005 menunjukkan 48 peratus lelaki di negara ini mengalami masalah seksual.

"Bila kadar penyakit kronik ini meningkat saya jangkakan masalah seksual juga akan meningkat walaupun belum ada data terkini yang menunjukkan peningkatan itu," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran bukunya yang bertajuk Masalah Seksual Lelaki Dalam Kesejahteraan Suami Isteri di HUSM Kubang Kerian di Kota Bharu, hari ini.

Hadir sama, Timbalan Naib Cancelor USM Prof Datuk Dr Ahmad Shukri Mustapa Kamal dan Timbalan Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka Datuk Abang Salehuddin Abang Shakeran.

Dr Shaiful berkata, isu dan cabaran itu perlu ditangani secara bersama oleh semua pihak bagi memastikan wujud kesejahteraan dalam hubungan suami isteri sekali gus mengelakkan perkara tersebut menjadi satu daripada punca perceraian di negara ini.

Terdahulu Dr Shaiful menyampaikan syarahan umum bertajuk Kesihatan Lelaki di Malaysia: Perkembangan, Isu dan Cabaran sementara isterinya Prof Datin Dr Nik Hazlina Nik Hussain membentangkan Kesihatan Wanita di Malaysia: Perkembangan, Isu dan Cabaran. - Bernama